Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rumah Bentuk Kamera, Nama Anak Pun Dari Jenama Kamera

Rumah Bentuk Kamera, Nama Anak Pun Dari Jenama Kamera

Diterbitkan Julai 20, 2020 · Dikemas kini Julai 20, 2020 oleh Helmi Samsuri

Setiap daripada kita pasti mempunyai minat terhadap sesuatu benda atau perkara dan apabila terlalu mendalam ia boleh memberi kesan kepada kehidupan seharian kita.

Ravi Hongal sudah bergelumang dalam dunia fotografi lebih dari 33 tahun dan minatnya itu bukan sahaja merakam foto malah ia turut diabadikan pada nama-nama anak beliau dan pasangan, Kripa Rani.

Rumah Bentuk Kamera, Nama Anak Pun Dari Jenama Kamera
Dari kiri: Nikon Hongal, Ravi Hongal, Epson Hongal, Kripa Rani, Canon Hongal. Kredit foto | The News Minute.

Canon Hongal, Nikon Hongal dan Epson Hongal. Tidak perlu diceritakan lagi kerana kita sedia mengetahui dari mana nama-nama tersebut diaspirasikan. Bukan sekadar nama anak, obsesi Hongal terhadap fotografi turut dibawa pada rekaan kediaman beliau.

Rumah Bentuk Kamera, Nama Anak Pun Dari Jenama Kamera
Kredit foto | The News Minute.

Kediaman tiga tingkat yang terletak di Karnataka India itu memperlihatkan reka bentuk dari tiga nama anak beliau. Bahagian bawah mempunyai bentuk seperti pencetak Epson, tingkat kedua pula dihiasi dengan lensa Nikon dan tingkat ketiga pula adalah kamera Canon.

Rumah Bentuk Kamera, Nama Anak Pun Dari Jenama Kamera
Kredit foto | The News Minute.

Mengambil masa kira-kira 2 tahun untuk merancang dan mereka bentuk kediaman ini, Hongal telah membelanjakan kos sekitar 7.1 Juta Rupee (~RM404,585) untuk menyiapkannya.

Sumber: The News Minute

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY