Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 5 Diperlihatkan Dengan Pilihan Warna Baharu

ROG Phone 5 Diperlihatkan Dengan Pilihan Warna Baharu

Diterbitkan Mac 10, 2021 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, telefonĀ gamingĀ ASUS ROG Phone sebelum ini hanya ditawarkan dengan pilihan warna hitam sahaja. Namun kini, hanya beberapa jam sahaja lagi sebelum acara pelancaran ASUS ROG Phone 5 berlangsung, peranti itu diperlihatkan dengan pilihan warna baharu.

Berdasarkan imej yang dikongsi oleh Ishan Agarwal melalui Twitter, ROG Phone 5 didakwa bakal hadir dengan varian warna putih. Di bahagian sisi turut memperlihatkan panel dengan tulisan “GL HF” berwarna biru. Modul kamera dan bingkai pula dikekalkan dengan warna hitam.

ROG Phone 5 putih
ROG Phone 5 putih

Selain pilihan warna, imej tersebut turut memperlihatkan rekaan peranti yang dimuatkan dengan dua port USB-C serta bicu audio 3.5mm.

Dari segi spesifikasi, sudah pun diketahui peranti ini bakal hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888 bersama pilihan memori sehingga 18GB RAM LPDDR5.

Untuk lain-lain spesifikasi, nantikan sahaja acara pelancaran yang akan berlangsung pada jam 7.00 malam ini.

Sumber: Ishan Agarwal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY