Siri realme 11 Rasmi Di China, Dikuasakan Cip Dimensity 7050

Walaupun siri realme 10 baharu sahaja diperkenalkan pada awal tahun ini, itu tidak menjadi penghalang untuk realme memperkenalkan barisan peranti mereka yang serba baru - siri realme 11.



Siri realme 11 adalah pengganti kepada siri realme 10 yang sememangnya mendapat sambutan hangat di pasaran sebelum ini.

Sama seperti siri sebelumnya, siri realme 11 yang baru dilancarkan di China ini menampilkan 3 model yang sama seperti berikut:

realme 11 Pro+


Realme

Model ini adalah peranti paling berkuasa dalam barisan realme 11 yang baru ini.

realme 11 Pro+ dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7050, memori hingga 12GB RAM dan storan besar 1TB dengan sokongan slot kad mikroSD.

Model ini dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.7" beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Untuk kamera, realme 11 Pro+ menggunakan tetapan 3 kamera - 200MP utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 32MP swafoto.

Peranti ini akan disokongkan bateri sebesar 5,000mAh dengan gandingan pengecasan pantas 100W. Selain itu, model ini menggunakan Realme UI 4.0 berasaskan Android 13 daripada dalam kotak.

realme 11 Pro


Realme

Sama seperti Pro+, versi Pro juga dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7050, menawarkan memori RAM hingga 12GB dan storan hingga 512GB sahaja dengan sokongan slot kad mikroSD.

The Realme 11 Pro brings a curved display, 100MP camera to the mid-range, Realme 11 tags along

Versi Pro memberikan skrin jenis AMOLED berukuran 6.7" dengan resolusi FHD+ dan menyokong kadar segar semula hingga 120Hz.

Untuk kamera, realme 11 Pro dilengkapi sistem tetapan 3 kamera - 108MP utama dengan OIS, lensa 6P, 2MP dwi-sensor dan 16MP swafoto.

Peranti ini memberikan bateri 5,000mAh yang besar beserta sokongan pengecasan pantas 67W.

realme 11


Realme-11-5G-launched

Bagi model standard pula, ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6020, memori RAM hingga 12GB dan storan 256GB dengan sokongan slot kad mikroSD.

The Realme 11 Pro brings a curved display, 100MP camera to the mid-range, Realme 11 tags along

 

Peranti ini menampilkan skrin AMOLED 6.43" yang lebih kecil, beresolusi FHD+, dengan sokongan kadar segar semula 90Hz.

Berbanding yang lain, realme 11 memberikan tetapan 2 kamera - 64MP utama dan 2MP kedalaman beserta 8MP swafoto.

Peranti ini disokongkan bateri sebesar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Harga Siri realme 11


realme memperkenalkan 3 model baru di atas dalam siri 11 ini beserta harga jualan mereka di pasaran China seperti di bawah:

Realme 11

The Realme 11 Pro brings a curved display, 100MP camera to the mid-range, Realme 11 tags along

  • 8GB + 256GB – 1,599 Yuan (~RM1,028.38)

  • 12GB + 256GB – 1,799 Yuan (~RM1,157.01)


Realme 11 Pro

The Realme 11 Pro brings a curved display, 100MP camera to the mid-range, Realme 11 tags along

  • 8GB + 256GB – 1,699 Yuan (~RM1,092.69)

  • 12GB + 256GB – 1,999 Yuan (~RM1,285.64)

  • 12GB + 512GB – 2,199 Yuan (~RM1,414.26)


Realme 11 Pro+

  • 12GB + 256GB – 2,099 Yuan (~RM1,349.95)

  • 12GB + 512GB – 2,399 Yuan (~RM1,542.89)

  • 12GB + 1TB – 2,799 Yuan (~RM1800.15)


Buat masa ini, siri realme 11 hanya dilancarkan untuk pasaran China sahaja dan tiada sebarang maklumat akan kedatangan siri ini ke pasaran global mahupun tempatan.

{suggest}

Walau bagaimanapu, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan kehadiran siri realme 11 ini untuk pasaran Malaysia, nantikan sebarang berita realme 11 daripada kami nanti.