Antara permainan video yang disebut-sebut ialah GTA 6 atau Bully 2. Namun, jika menurut laporan Gamespot, permainan video berkenaan hanya akan diperkenalkan selepas pelancaran konsol generasi seterusnya nanti.
Ura-ura ini timbul selepas Gear Nuke berjaya mengesan tindakan Rockstar untuk mencari calon untuk mengisi jawatan-jawatan berkaitan artis teknikal.
Sebelum ini, Rockstar juga dilaporkan sedang mencari pelakon bagi melakonkan beberapa watak untuk permainan video baharu mereka itu nanti.
Baca juga: Bully 2 Didakwa Sedang Dalam Pembangunan, Mungkin Dilancarkan Sebelum GTA 6
Jika laporan ini tepat, ini bermakna kita mungkin tidak akan melihat kemunculan permainan tersebut sehingga tahun hadapan.
Ini kerana, Microsoft dan Sony sebelum ini telah memberi gambaran bahawa konsol generasi seterusnya mereka hanya akan dilancarkan pada tahun 2020.
Tambahan pula, permainan terkini Rockstar Games, Red Dead Redemption 2 sedang berada di kemuncaknya dan dijangka akan kekal di sana untuk tempoh beberapa bulan mendatang.
Maka, bagi peminat GTA mahupun Bully, nampaknya anda perlu bersabar untuk tempoh yang lebih lama.
Sumber: Gamespot
Berkaitan
- Asus Zenfone 6(2019) Mungkin Hadir Dengan Rekaan Takuk Pelik
- Lasso - Aplikasi Video Pendek Dari Facebook Dilancarkan, Pesaing Baru Untuk TikTok
- Peluang Untuk Memiliki Huawei Mate 20 Pro Pada RM600 Lebih Murah - Mulai 1 Mac 2019
- Nintendo Senaraikan 11 Permainan Paling Laku Bagi Konsol Switch Setakat Ini
- Aplikasi Video Pendek Vine Dihentikan
- Pelajar Yang Bermain Video Games Lebih Cenderung Untuk Berjaya Dalam Kelas
- Peranti Edisi Terhad OnePlus 6 Dengan Warna Putih Akan Mula Dijual Pada 5 Jun Ini
- (Rabak Kotak) OnePlus 6T
- IFA 2016: Pembesar Suara 360 darjah BeoSound dari Bang and Olufsen
- Pengguna Instagram Kini Boleh Membuat Panggilan Video Menerusi Instagram Direct