Robert Swan CEO Intel Yang Baru

Syarikat pengeluar pemproses komputer terkemuka, Intel, akhirnya menamakan Robert Swan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan.

Swan sudahpun memulakan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif secara sementara sejak Brian Krzanich mengundurkan diri sekitar Jun tahun lalu.

Pelantikan Swan secara tetap bagi jawatan utama dalam syarikat itu, menjadikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ke-7 selepas ia ditubuhkan 50 tahun yang lepas.

Sebelum dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif , Swan merupakan Ketua Pegawai Kewangan Intel sejak Oktober 2016 dan mempunyai pengalaman yang luas dari syarikat-syarikat lain seperti Electronica Data Systems, TRW dan juga Webvan Group.

Sumber: Intel