Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Resolut1on Menyertai OG

Resolut1on Menyertai OG

Diterbitkan September 2, 2017 oleh Wiser MY

OG pada harini mengumumkan pemain posisi tengah baru mereka iaitu Roman ‘Resolut1on’ Fomynok. Mereka yang telah melepaskan Anathan ‘Ana‘ Pham selepas 5 hari kejohanan The International 7 berakhir akan memulakan musim baru dengan penambahan pemain Ukrain tersebut.

Resolut1on menjadi pemain yang diingini setelah membantu Team Empire memenangi tempat ke 7/8 dan membawa pulang hadiah kemenangan lebih daripada RM 263 ribu.

Resolut1on menjadi perhatian apabila dia mula berhijrah ke rantau Amerika Utara untuk meneruskan karier Dota 2 nya bersama Digital Chaos. Dia menjadi bidan terjun dalam TI 7 setelah pemain posisi 1 Team Empire, Vladimir ‘Chappie‘ Kuzmenko tidak mendapat passport tepat pada masanya dan tidak dapat menyertai kejohanan terbesar Dota 2 itu.

Resolut1on yang mulanya akan menjadi komentator untuk meja strim Rusia telah diminta pasukan Team Empire untuk menjadi pemain sementara mereka untuk kejohanan tersebut. Yang menariknya, Team Empire pulang dengan menduduki tempat yang sama bersama OG.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
©2026 WISER.MY