Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semua Perkhidmatan Rel Rapid KL Beroperasi 4.00 Pagi, 31 Ogos Ini

Semua Perkhidmatan Rel Rapid KL Beroperasi 4.00 Pagi, 31 Ogos Ini

Diterbitkan Ogos 23, 2023 · Dikemas kini Ogos 23, 2023 oleh Amalina Athman

Semua perkhidmatan rel merangkumi tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan beroperasi seawal 4.00 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Orang Ramai Dilarang Terbang Dron Di Kawasan Persiapan, Sambutan Hari Kebangsaan - CAAM

Rapid KL memaklumkan 50 bas perantara percuma akan disediakan dari stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya, yang turut beroperasi bermula 4.00 pagi.

Sebagai tambahan, tiga perkhidmatan bas perantara percuma merangkumi laluan MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya, Kompleks Nasyrul Quran Presint 14 dan Marina Putrajaya juga disediakan.

Sementara itu, sempena Sambutan Ambang Merdeka 2023, Rapid KL menyatakan waktu operasi di beberapa stesen LRT, MRT, dan KL Monorel akan dilanjutkan sehingga 2.00 pagi pada 31 Ogos 2023.

Rapid KL Ambang Merdeka 2023

Bagi tujuan itu, pengguna disaran menggunakan kad TnG serta memastikan baki kad mencukupi untuk kelancaran perjalanan.

Sumber: Rapid KL, BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY