Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme gt wide

Rekaan realme GT Didedahkan, Hadir Dengan Bicu Audio

Diterbitkan Februari 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti yang diketahui, realme bakal melancarkan telefon andalan mereka iaitu realme GT pada 4 Mac ini.

Terbaru, rekaan realme GT didedahkan buat pertama kali menerusi poster dan video yang dimuat naik di laman weibo.

Telefon ini mempunyai dua pilihan warna iaitu biru seperti mana dalam poster dan juga kuning yang dilihat di MWC Shanghai.

realme gt kuning

Namun, warna bukanlah suatu perkara menarik menerusi gambar atau video yang didedahkan.

Akan tetapi, ia kelihatan bicu audio yang ada pada realme GT yang mana ia sudah tidak lagi kelihatan dalam mana-mana telefon berkelas andalan masa kini.

realme gt
Rekaan realme GT Didedahkan, Hadir Dengan Bicu Audio

Mungkin sebahagian berfikir bicu audio tidak lagi digunakan kerana fon telinga tanpa wayar sudah banyak dijual di pasaran.

Dengan adanya bicu audio, realme GT mungkin menjadi pilihan bagi golongan yang masih memerlukan fungsi tersebut.

realme GT akan dijana cip Snapdragon 888 iaitu telefon realme pertama dengan cip terpantas Qualcomm.

Selain itu, turut dijangka menggunakan paparan OLED, pengecasan pantas 65W, 12GB RAM dan storan 256GB UFS 3.1.

Sumber: weibo via gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY