Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT special edition

Rekaan Rasmi realme GT Edisi Khas Kini Diperlihatkan

Diterbitkan Februari 23, 2021 oleh Amalina Athman

realme telah pun mengesahkan realme GT dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888 akan dilancarkan pada 4 Mac nanti. Semalam, realme juga telah berkongsi rekaan realme GT buat pertama kali menerusi poster yang dimuatnaik di laman Weibo.

Terkini, Naib Presiden realme, Xu Qi Chase telah memuat naik rekaan realme GT edisi khas secara rasmi melalui laman Weibo.

realme GT edisi khas

Berdasarkan terjemahan pada kiriman Chase, ia menyatakan varian warna kuning ini akan dinamakan sebagai “GT Ares Special Edition-Dawn”. Bagaimanapun, kita mungkin akan mengetahui nama sebenar varian ini pada acara pelancaran yang akan berlangsung 4 Mac 2021.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan rekaan telefon ini diinspirasikan daripada model klasik GT dan memperincikan proses rekaan tersebut.

Rekaan Rasmi realme GT Edisi Khas Kini Diperlihatkan

Untuk spesifikasi, realme GT akan hadir dengan sokongan kadar segar semula 120Hz, pilihan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5 serta storan yang berasaskan UFS 3.1.

Lebih banyak mengenainya akan diumumkan pada pelancaran 4 Mac 2021.

Sumber: realme, Xu Qi Chase

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY