Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rekaan LG “Wing” Didedahkan Dengan Dua Paparan Yang Boleh Berputar

Posted on Ogos 26, 2020

Beberapa bulan lalu, terdapat spekulasi yang mengatakan LG sedang membangunkan satu projek di bawah nama kod “Wing”. Terbaru, LG Wing muncul dalam sebuah video yang memperlihatkan dua paparan yang boleh berputar.

Paparan utama berukuran 6.8 inci dan jika dipusingkan, peranti ini mempunyai rekaan yang berbentuk “T”. Sementara paparan kedua adalah lebih kecil dengan saiz 4 inci.

Dengan rekaan tersebut, ia mungkin berguna bagi beberapa senario termasuk seperti yang dipertontonkan dalam video itu. Panggilan atau lain-lain fungsi sebuah telefon pintar boleh digunakan seperti biasa pada paparan kedua tanpa mengganggu navigasi di paparan utama.

Terdapat perkhabaran yang mengatakan peranti ini akan dijana cip pemproses Snapdragon 765. Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai spesifikasi, harga atau tarikh pelancaran yang didedahkan buat masa ini.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress