Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rekaan Kamera iPhone 11 Didakwa Menyebabkan ‘Trypophobia’ Kepada Sebahagian Orang

Rekaan Kamera iPhone 11 Didakwa Menyebabkan ‘Trypophobia’ Kepada Sebahagian Orang

Diterbitkan September 16, 2019 · Dikemas kini September 18, 2019 oleh ariff bukhari

Adakah anda dikalangan mereka yang trypophobia?

Ramai pengguna yang berpendapat rekaan kamera iPhone 11. 11 Pro dan 11 Pro Max sebagai hodoh. Maka ramai yang mengutuk rekaan kamera tersebut.

Pengguna Twitter telah mula respon terhadap rekaan kamera iPhone terbaru yang diperkenalkan Apple minggu lalu.

https://twitter.com/MKND22/status/1171481408713285634?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1171481408713285634&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.marketwatch.com%2Fstory%2Fapples-iphone-11-design-is-getting-people-worked-up-in-all-the-wrong-ways-2019-09-10

Selain buruk, ada juga yang mendakwa rekaan kamera tersebut telah menyebabkan pencetus ‘trypophobia’ bagi sebahagian orang.

Out of courtesy for people with trypophobia I won't share the latest photo of the iPhone 11, but holy moses its creepy looking.

— P.M. 🎨🎙️☕️ (@itsapmseymour) September 10, 2019

Trypophobia adalah jenis fobia terhadap bentuk lubang-lubang yang diciptakan oleh alam atau bentuk melingkar seperti gelembung.

iPhone 11 Pro

Rasa takut ini mencakupi lubang atau gelembung berkerumun di atas pelbagai permukaan termasuklah di kulit, daging, kayu, tumbuhan, karang, spons, jamur, biji-biji kering dan sarang lebah.

Bagi mereka yang memiliki trypophobia, ia boleh membuat seseorang itu merasa seakan kulit mereka berkeringat dingin, merinding, bergidik, gatal, terasa sakit atau nyeri nyata. Bahkan ke tahap yang ekstrem hingga boleh membuatkan seseorang itu mual dan muntah kerana mereka menganggap apa yang dilihat itu sebagai geli dan menjijikan.

Bagi mengurangkan rasa tersebut, mereka bolehlah melakukan aktiviti seperti menarik dan melepaskan nafas secara perlahan-lahan untuk seketika.

Sumber: Market Watch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
©2026 WISER.MY