Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus 11 leak 2

Rekaan Dan Spesifikasi OnePlus 11 Bocor

Diterbitkan Disember 6, 2022 · Dikemas kini Disember 6, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Reka bentuk OnePlus 11 didapati telah tertiris dan sama dengan imej komputer dijana sebelum ini. Untuk model andalan kali ini, dikatakan OnePlus tidak lagi menggunakan frasa “Pro” seperti mana pada OnePlus 10 Pro.

oneplus 11 leak

Berdasarkan imej yang dikongsi, antara perubahan besar ialah rekaan model kamera belakangnya yang berubah daripada empat segi pada bulat.

Menariknya, konsep rekaan yang menunjukkan seolah-olah ia disatukan dengan sisi tepi telefon masih dikekalkan walaupun bentuk kali ini bulat.

Selain itu, label jenama Hasselblad juga kini diletakkan secara horizontal berbanding menegak sebelum ini. Ia juga berada di tengah-tengah, tidak pada tepi seperti OnePlus 10 Pro.

OnePlus Kongsi Rupa Bentuk OnePlus 10 Pro
Rekaan Modul Kamera Oneplus 10 Pro

Bercakap berkenaan warna pula, dikhabarkan juga warna hijau dan hitam masih kekal sebagai pilihan warna utama.

Imej juga menunjukkan alert slider dan butang kuasa terletak pada sisi kiri telefon. Tubuh telefon ini mungkin diperbuat daripada seramik.

Berkaitan

  • OnePlus Nord 2T Dan Nord CE 2 Lite Mula Dijual Hari Ini Dengan Tawaran Terhad
  • OnePlus: Ketiadaan 'Alert Slider' Pada OnePlus 10T 5G Ada Hikmahnya
  • OnePlus 10T 5G Rasmi Dilancar, Hadir Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1
  • KWSP: Cara Tukar Ke Akaun Konvensional Ke Shariah Melalui Telefon Dan Laman Web
  • PM Arah Perjanjian 5G Di Malaysia Dinilai Semula Atas Faktor Ketelusan
  • OnePlus Mahu Melancarkan Papan Kekunci Mekanikal

Untuk spesifikasi pula, ia memang sudah disahkan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 namun ura-ura pula berkongsi spesifikasi lebih terperinci.

  • 6.7 inci 120Hz QHD+ AMOLED
  • RAM maksimum 16GB
  • 256GB UFS 4.0
  • 50MP + 48MP sudut lebar + 32MP telefoto
  • 16MP swafoto
  • 5000mAh, 100W
  • Wi-Fi 6E

Peranti ini dijangka akan dilancarkan di China terlebih dahulu pada awal 2023 diikuti pasaran global beberapa bulan selepasnya.

Sumber: Gadgetgang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY