KWSP: Cara Tukar Ke Akaun Konvensional Ke Shariah Melalui Telefon Dan Laman Web

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menguar-uarkan pada pengguna bahawa mereka harus bertukar ke akaun simpnan jenis patuh syariah selewat-lewatnya pada 24 Disember 2022 ini jika mahu menetapkan akaun mereka sebagai Simpanan Shariah mulai 1 Januari 2023.

Ini bermakna KWSP mengambil masa sekitar seminggu untuk memuktamadkan proses pertukaran jenis akaun itu.

Sebagai umat Islam, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan simpanan patuh syariah agar dividen, untung atau pendapatan masa depan daripada simpanan tersebut tidak bersifat was-was akibat pelaburan dilakukan institusi kewangan.

Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.

{suggest}

Simpanan Shariah KWSP:



  • Dividen berdasarkan prestasi sebenar pelaburan.

  • Tiada jaminan dividen minumum 2.5%.

  • Boleh disertai ahli yang tidak beragama Islam.

  • Tidak boleh kembali ke simpanan konvensional.

  • Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad Wakalah

  • Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah.

  • Kemudahan pengeluaran sedia ada kekal kecuali Skim Pelaburan Ahli, di mana ahli hanya dibenarkan untuk melabur dalam dana patuh Shariah yang diluluskan oleh KWSP.


May be an image of text that says '3 cara mudah bertukar ke SIMPANAN SHARIAH melalui aplikasi i-Akaun BM KWSP EPF 1 Pengesahan butiran diri 2 Persetujuan e-Akad 3 Pengesahan pendaftaran Seterusnya LuK? Muat turun aplikasi mudah alih i-Akaun daripada Google Play App Store AppGallery னன Lagi KWSP EPF® KWSPMalaysia www.kwsp www.kwsp.gov.my'

Untuk makluman, setiap akaun baru didaftarkan bersifat konvensional secara lalai (default). Justeru, pengguna harus melakukan pertukaran ke jenis patuh syariah sendiri. Jangan risau, ia mudah saja.

Cara ubah ke akaun syariah melalui telefon?


Log masuk di aplikasi i-Akaun KWSP > 3 titik pada 'Account' > Simpanan Shariah dan teruskan langkah seperti diminta.



May be an image of text that says '3 cara mudah bertukar ke SIMPANAN SHARIAH melalui aplikasi i-Akaun BM KWSP EPF 1 Pengesahan butiran diri 2 Persetujuan e-Akad 3 Pengesahan pendaftaran Seterusnya LuK? Muat turun aplikasi mudah alih i-Akaun daripada Google Play App Store AppGallery னன Lagi KWSP EPF® KWSPMalaysia www.kwsp www.kwsp.gov.my'

Cara ubah ke akaun syariah melalui laman web?


Log masuk di laman web KWSP, kemudian tekan tab Simpanan Shariah di atas. Ikut saja arahan seterusnya.



May be an image of text that says 'L06 Seveleade-Acad 1 Pertukaran secara atas talian Log masuk i-Akaun (Ahli) 2 Pilih Tab Simpanan Shariah 3 Ikut panduan dan arahan untuk pertukaran ke Simpanan Shariah dengan pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan Shariah dan pengesahan persetujuan akad menggunakan Tac KWSP EPF KWSPMalaysia www.kwsp.gov.my'

Sumber: KWSP