Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keyboard OnePlus Keychron

OnePlus Mahu Melancarkan Papan Kekunci Mekanikal

Diterbitkan Disember 6, 2022 oleh Aziah Zulkifli

OnePlus merupakan sebuah syarikat telefon pintar yang tidak takut untuk memperkembangkan produknya dari putik telinga, televisyen malah monitor PC.

Kini, OnePlus mengumumkan usaha baharu mereka dalam pembuatan produk yang baharu iaitu papan kekunci mekanikal.

Usaha mereka ini merupakan kolaborasi antara OnePlus dengan sebuah pengilang papan kekunci yang agak terkenal iaitu Keychron.

Projek baharu ini dikatakan akan menghasilkan papan kekunci yang boleh diubahsuai sepenuhnya menggunakan kelebihan daripada teknologi Keychron.

OnePlus memilih papan kekunci mekanikal sebagai projek mereka yang seterusnya oleh kerana suara majoriti daripada komuniti.

OnePlus Keyboard

Terdapat beberapa undian daripada pengguna OnePlus yang menyatakan bahawa papan kekunci mekanikal perlu menjadi produk mereka yang seterusnya.

Walau bagaimanapun, OnePlus tidak mahu memberitahu dengan lebih lanjut lagi berkenaan projek baharu tersebut.

Terdapat banyak kemungkinan dalam spesifikasi papan kekunci ini tetapi semuanya akan terjawab pada 15 Disember ini melalui laman sesawang rasmi OnePlus.

Berkaitan

  • Tiktok dan Bumble Sedang Memerangi Unsur Lucah Tanpa Izin Daripada Tersebar
  • Kedai Serbaneka Ini Ambil Avatar Sebagai 'Pekerja'
  • Nothing Phone (2)? Kami Tak Rajin "Beranak" Macam Jenama Lain - Carl Pei
  • Rekaan Dan Spesifikasi OnePlus 11 Bocor
  • DNB Keluar Kenyataan Selepas Kontrak 5G Diarah Disemak Semula

Sebagai tambahan, OnePlus telah mengumumkan pelancaran monitor komputer mereka yang baharu pada 12 Disember 2022.

Sama seperti papan kekunci, OnePlus memilih untuk tidak berkongsikan apa-apa maklumat berkaitan spesifikasi produk tersebut.

Sumber: Android Authority, OnePlus Forum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY