OnePlus: Ketiadaan 'Alert Slider' Pada OnePlus 10T 5G Ada Hikmahnya

OnePlus 10T 5G membawakan rekaan 'crater' sama dengan OnePlus 10T Pro yang memperlihatkan kaca belakangnya seperti bersatu dengan modul kamera.

Ia menggunakan teknologi pembengkokan melalui haba untuk memberikan kelengkungan yang lebih licin kepada sistem kamera.

Jelas OnePlus, ketiadaan 'alert slider' memberi laluan kepada peningkatan prestasi secara keseluruhan kerana ruang yang lebih besar.

May be an image of phone, screen and text that says 'Sophisticated and seamless, just like your sense of style ONEPLUS 10T 5G PRODUCT LAUNCH MALAYSIA AUGUST 3| 10:00 PM MYT ONEPLUS'

Ia termasuk pengecasan watt yang lebih tinggi, kapasiti bateri yang lebih besar dan isyarat antena yang lebih baik.

Peningkatan ini dapat diperoleh tanpa menambah ketebalan pada telefon.

OnePlus 10T 5G ini akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Ogos 2022 ini dengan warna Jade Green.

Sumber: Siaran Akhbar OnePlus