Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spesifikasi Mi 10T Pro

Rekaan Dan Spesifikasi Mi 10T Pro Didedahkan, Paparan 144Hz Dan Kamera 108MP

Diterbitkan Ogos 27, 2020 · Dikemas kini Ogos 27, 2020 oleh Amalina Athman

Tahun lalu, Xiaomi mengumumkan Mi 9T dan Mi 9T Pro untuk pasaran global sebagai penjenamaan semula Redmi K20 dan Redmi K20 Pro yang diperkenalkan di China. Kini, laporan terbaru mendedahkan Mi 10T dan Mi 10T Pro serta versi kurang berkuasa Mi 10T Lite akan diperkenalkan tidak lama lagi untuk pasaran global.

Ciapan menerusi Twitter @yabhishekhd turut memperlihatkan rekaan dan spesifikasi utama Mi 10T Pro.

[ Exclusive ] Mi 10T, Mi 10T Pro & Mi 10 Lite Launching Soon Globally.
Here is The First Look Of Mi 10T Pro.
Mi 10T Pro Specs.
•5000mAh Battery
•144Hz Refresh Rate
•108MP Rear Camera
•May Be Side Mounted Fingerprint Scanner I Am Not Sure About This One.#Mi10TPro #Mi10T pic.twitter.com/8ngfxyrzZo

— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) August 26, 2020

Mi 10T Pro dijangka hadir dengan paparan yang menyokong kadar segar semula 144Hz. Tidak dinyatakan mengenai saiz atau jenis skrin paparan. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan peranti ini akan dimuatkan dengan panel LCD jika didatangkan dengan sensor imbasan cap jari pada butang kuasa.

Rekaan Dan Spesifikasi Mi 10T Pro Didedahkan, Paparan 144Hz Dan Kamera 108MP
Rekaan Dan Spesifikasi Mi 10T Pro Didedahkan, Paparan 144Hz Dan Kamera 108MP

Pada bahagian belakang, ia dilengkapi dengan tetapan 4 kamera yang mempunyai 108MP kamera utama serta kapasiti bateri 5000mAh. Tiada maklumat lanjut mengenai cip pemproses yang akan dimuatkan pada peranti ini.

Sehingga itu, nantikan pengumuman dari Xiaomi yang dijangka tidak lama lagi.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Cipta “Planimal”, Sel Hibrid Gabungan Dari Sel Tumbuhan Dan Haiwan
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY