Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark 2

Rekaan Black Shark 2 Pro Mungkin Hampir Sama Seperti Model Sebelumnya

Diterbitkan Julai 23, 2019 oleh Helmi Samsuri

Jenama yang memfokuskan kepada permainan mudah alih, Black Shark dikhabarkan bakal hadir dengan model terbaru tidak lama lagi. Sebelum ini, ia dilaporkan bakal membuat kemunculan rasmi pada 30 Julai dengan pasaran terawalnya adalah China.

Rekaan Black Shark 2 Pro Mungkin Hampir Sama Seperti Model Sebelumnya

Kini, satu lagi perkembangan berkenaan peranti muncul dimana pengeluar berkongsikan imej acah memperlihatkan rekaan panel belakang Black Shark 2 Pro.

Black Shark 2

Berdasarkan imej, ia kelihatan hampir sama dengan rekaan model sebelumnya kecuali dua garisan lurus dibahagian tengah. Ketika ini apa yang boleh dipastikan, Black Shark 2 Pro akan menggunapakai cip Snapdragon 855 Plus.

Black Shark 2
Black Shark 2

Sementara ura-ura tentang spesifikasi menyatakan ia hadir dengan RAM 12GB, storan 256GB serta menjalankan sistem antaramuka Joy UI berasaskan Android 9 Pie. Seperti biasa, kita perlu menunggu tarikh pelancaran sebenar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan penawaran terbaru dari Black Shark ini.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY