Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cooler master thermal paste

Cooler Master Ubah Bentuk Penyuntik Thermal Paste Kerana Disalahertikan Sebagai Dadah Oleh Ibu Bapa

Diterbitkan Januari 18, 2020 · Dikemas kini Januari 18, 2020 oleh ariff bukhari

Ibu bapa menuduh anak-anak mereka menagih dadah. Walhal…

Pengeluar perkakasan dan aksesori barangan komputer terkenal, Cooler Master memaklumkan bahawa mereka terpaka menawarkan ‘thermal paste‘ dalam reka bentuk baru apabila ibu bapa menuduh anak-anak mereka menagih dadah.

Ia berikutan reka bentuk thermal paste tersebut menyerupai alat penyuntik dadah.

cooler master thermal paste
Contoh rupa thermal paste yang ditawarkan dari Cooler Master.

Akibat daripada terpaksa kerap kali menerangkan kepada ibu bapa bahawa ia bukan alat penagihan dadah, Cooler Master terpaksa mereka bentuk semula rekaan alat thermal paste tersebut dengan reka bentuk baru bagi mengelakkan kekeliruan tersebut.

We didn't change the shape of the syringe to make applying thermal paste a lot easier, but because we we're getting tired of having to explain parents that their kid isn't using drugs. pic.twitter.com/ClyZLDDFe9

— Cooler Master (@CoolerMaster) January 16, 2020

Setakat ini, sebanyak 3 versi thermal paste ditawarkan dalam bentuk pakej baru ini iaitu Mastergel Maker, Mastergel Pro dan Mastergel Regular.

Thermal paste memang biasa diletakkan ke atas cip pemprosesan sebagai salah satu bahan penting untuk sistem penyejukkan komputer.

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY