Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi note 9

Redmi Note 9 Dijangka Guna MediaTek Helio G70, Versi Pro Pula Snapdragon 720G

Diterbitkan Mac 11, 2020 oleh Meor Hasyim

Selepas siri realme 6 dilancarkan, ada satu lagi model dari jenama lain yang menjadi alternatif pilihan spesifikasi tinggi dengan harga bajet iaitu siri Redmi Note 9. Siri dari Redmi ini akan dilancarkan pada 12 Mac 2020.

Untuk penggunaan cip pemprosesan untuk kedua-dua model Redmi Note 9 dan Note 9 Pro, sudah terdapat maklumat mengenainya. Melalui laman uji prestasi Geekbench, Redmi Note 9 dijangka akan gunakan MediaTek Helio G70, manakala Redmi Note 9 pula Snapdragon 720G.

Screenshot (3)
Redmi Note 9
Screenshot (4)
Redmi Note 9 Pro

Sudah semestinya versi Pro akan gunakan cip yang lebih berkuasa, namun dari segi konfigurasi RAM, ia juga turut berbeza. Apa yang menarik, Redmi Note 9 akan hadir dengan RAM 6GB. Tetapi untuk versi Pro pula menurut ura-ura, ia akan hadir dengan 4GB/64GB dan juga 6GB/128GB.

Dari segi perbandingan, model asas realme 6 menggunakan cip Helio G90T yang sedikit lebih berkuasa dari model asas Redmi Note 9. Cip ini juga digunakan dalam Redmi Note 8 Pro sebelumnya. Untuk acara pelancaran siri Redmi Note 9 ini, ia akan dilancarkan secara atas talian pada 12 Mac ini berikutan pembatalan acaranya secara fizikal.

Sumber: Geekbench melalui Mysmartprice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY