Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2019-03-25 at 1.11.13 PM

Redmi Note 7 Pro Sah Tidak Akan Datang Ke Pasaran Malaysia – Kekecewaan Kronik Peminat

Diterbitkan Mac 25, 2019 ยท Dikemas kini Mac 25, 2019 oleh Haikel Areff

Ah sedihnya,

Ramai yang menanti-nantikan kemunculan peranti ini semenjak ia dilancarkan di India awal tahun ini. Apabila pihak Xiaomi Malaysia mengumumkan Redmi Note 7 tanpa varian ‘pro’ ramai peminat meluahkan kekecewaan yang kronik.

Berita ini disahihkan oleh Allen An, Pengurus Xiaomi Pasaran Malaysia dalam satu kiriman di Facebook beliau.

Redmi Note 7 Pro Sah Tidak Akan Datang Ke Pasaran Malaysia – Kekecewaan Kronik Peminat

Walaupun saya tidak pandai membaca tulisan cina, tapi apa yang beliau ingin sampaikan ialah, Redmi Note 7 Pro sudah pasti tidak akan ditawarkan di pasaran tempatan. Model tersebut hanya dipasarkan di India dan China.

Namun beliau tetap mengingatkan bahawasanya Redmi Note 7 adalah sebuah peranti mampu milik yang sudah cukup baik dengan penawaran spesifikasi dan kamera 48MP.

Baca Lagi: [https://wiser.my/peminat-mula-meluahkan-kekecewaan-menjelang-pelancaran-redmi-note-7/]

Screen Shot 2019-03-25 at 1.05.02 PM Screen Shot 2019-03-25 at 1.05.30 PM Screen Shot 2019-03-25 at 1.06.05 PM

Melalui komen yang kami dapat, rata-rata mendakwa pihak Xiaomi berkeputusan untuk tidak membawa masuk versi ‘pro’ kerana ia akan memberi pesaingan kepada Mi 9 SE yang turut memperagakan spesifikasi yang sama.

Kalau difikirkan semula, agak masuk akal kerana jenama Redmi itu sendiri dicipta untuk peranti mampu milik, jadi untuk menawarkan peranti RM1000 ke atas mungkin menjadi satu keberatan buat pihak Xiaomi.

Apa pula pendapat anda?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY