Peminat Mula Meluahkan Kekecewaan Menjelang Pelancaran Redmi Note 7

Penampilan siri Redmi Note 7 menjadi perbualan hangat, terutamanya model Redmi Note 7 Pro yang dilengkapi dengan kamera 48MP Sony IMX586, dilengkapi dengan cip baru Snapdragon 675.

Redmi Note 7 juga dimuatkan dengan kamera 48MP namun ia menggunakan sensor Samsung GM1 yang sebenarnya hanya 12MP dan cip lama Snapdragon 660.



Pihak Xiaomi Malaysia sudah pun menghantar jemputan untuk acara pelancaran Redmi Note 7 di pasaran Malaysia pada 19 Mac ini malangnya desa desus mengatakan versi Pro hanya untuk pasaran India.

Maka, peminat di Malaysia yang menantikan ketibaan Redmi Note 7 Pro hanya mampu menepuk dahi. Malah di ruangan komen dalam satu kiriman di Facebook Mi Malaysia rata-rata menyuarakan ketidakpuashatian mereka tentang perkara ini.



 

Jika berita ini betul (Xiaomi hanya memperkenalkan Redmi Note 7), pada pendapat kami ia agak mendukacitakan kerana peranti ini bakal menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 660 tahun lepas dan RAM pada hanya 4GB.

Malah dengan menggunapakai sensor Samsung GM1 sedikit sebanyak meluluhkan hati peminat Xiaomi yang terkenal dengan jenama mendengar setiap suara peminatnya.

Kapsyen: Gambar diambil oleh pengguna FB Charles Chow di ruangan komen


Jangan salah faham, kami tidak berniat untuk mengatakan ia peranti yang tidak bagus (kami pun tak guna lagi), tetapi kemunculan peranti ini yang terlalu 'hype' akan membuatkan ramai yang sabar menunggu terduduk kekecewaan.

Harapnya 19 Mac nanti Xiaomi buat kejutan dengan memperkenalkan juga versi Redmi Note 7 Pro. Jika tidak pihak Xiaomi harus meletakkan tanda harga yang murah untuk membuatkan peminat kembali senyum.