Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 7 Pro terbakar

Redmi Note 7 Pro Pula Didakwa Terbakar Tiba-Tiba

Diterbitkan Disember 3, 2019 · Dikemas kini Disember 3, 2019 oleh ariff bukhari

Beberapa minggu selepas insiden terbakar Redmi Note 7s

Sebuah lagi model telefon pintar keluaran Xiaomi dilaporkan terbakar baru-baru ini. Jika sebelum ini model Redmi Note 7S milik seorang lelaki di India dilaporkan terbakar secara tiba-tiba. Kini giliran model didakwa sebagai Redmi Note 7 Pro pula didakwa terbakar tiba-tiba. Insiden terbaru ini dilaporkan berlaku di China.

Dakwa mangsa, telefon pintar itu dibelinya 3 bulan lalu untuk ayahnya. Dinyatakan, kebakaran berlaku secara tiba-tiba sewaktu ayah mangsa tertidur menonton video pada peranti tersebut. Kebakaran menyebabkan ayah mangsa mengalami sedikit kecederaan ketika cubaan memadam api.

Redmi Note 7 Pro

Berikutan insiden itu, mangsa telah menghubungi pihak Xiaomi bagi melaporkan insiden yang berlaku.

Lanjutan daripada itu, pihak Xiaomi menerusi kakitangan khidmat pelanggan menyatakan kepada wartawan bahawa ia tidak berkaitan dengan kualiti produk tersebut.

Respon yang diberikan oleh pihak Xiaomi agak mengecewakan mangsa kerana ia dilihat menyamai respon yang diberkan oleh Xiaomi India terhadap insiden yang sama sebelum ini.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY