Siri Reno daripada OPPO adalah tidak asing lagi dalam kalangan pengguna. Dahulunya, mereka dikenali dengan peranti yang tampil dengan kamera sirip jerung.
Tahun berganti tahun, siri tersebut kini menerima tiga ahli baharu menerusi Reno6, Reno6 Pro dan Reno6 Pro+ walaupun baru berapa bulan sahaja selepas siri Reno5 dilancarkan.
Baca juga – OPPO Reno5 F Kini Hadir Buat Pasaran Tempatan, Ini Harganya
Kesemua peranti tersebut mempunyai sedikit persamaan, iaitu sokongan pengecasan 65W SuperVOOC 2.0 serta modul kamera belakang yang sama.
OPPO Reno6
Kita mulakan dengan versi standard mereka, ia dijana cip Dimensity 900 yang dilengkapi skrin rata berukuran 6.4 inci AMOLED 90Hz beresolusi FHD+. Turut dimuatkan bateri berkapasiti 4300mAh bersama-sama memori 8/12GB RAM dan storan 128/256GB.
Rekaannya seperti yang anda dapat lihat, sekilas pandang ia mirip dengan barisan iPhone 12 dimana mempunyai tubuh berbentuk petak.
Terdapat tiga lensa belakang menempatkan kamera 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro serta 32MP untuk kamera hadapan.
Baca juga – Dapatkan OPPO Find X3 Pro Harga Lebih Murah Dan Hadiah Percuma
OPPO Reno6 Pro dan Reno6 Pro+
Kedua-dua peranti ini tampil dengan spesifikasi yang dikongsi bersama. Ditawarkan paparan 6.55 inci AMOLED dengan kadar penyegaran 90Hz, bateri 4500mAh, ColorOS 11.3 berasaskan Android 11 dan kamera utama yang menggunakan sensor Sony IMX766 serta kamera swafoto 32MP.
Perbezaan adalah dari segi kamera yang mana varian Pro terdiri daripada 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP depth.
Manakala varian Pro+ pula ditugaskan kamera 50MP utama, 16MP ultra lebar, 13MP telefoto serta 2MP makro.
Selain itu, OPPO Reno6 dikuasakan cip Dimensity 1200 sementara OPPO Reno6 Pro+ pula dijana Snapdragon 870.
Tambahan lagi, masing-masing turut hadir konfigurasi memori 8/12GB RAM dan storan dalaman 128/256GB.
Baca juga – OPPO Mahu Ikut Apple Dan Samsung Untuk Alat Penjejak Barang
Harga Jualan
Untuk harga jualan, varian standard bermula dengan 2799 yuan (~RM1800). Manakala varian Pro dan Pro+ adalah bermula 3499 yuan (~RM2270) dan 3999 yuan (~RM2600). Buat masa sekarang, ia hanya terhad untuk pasaran China sahaja terlebih dahulu.
Sumber: gizmochina