Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Huawei Nova 8 SE Diperkenalkan Dengan Cip Dimensity 800U, Kamera 64MP, Dan Pengecasan 66W

Posted on November 5, 2020

Sebelum ini artikel mengenai Huawei Nova 8 SE mendapat sambutan disebabkan rekaannya mimik iPhone 12 dengan sisi rata. Kini, telefon pintar tersebut telah dilancarkan secara rasmi di China.

Huawei Nova SE didatangkan dalam 2 varian iaitu biasa dan satu lagi High Edition. Perbezaannya hanyalah dari segi cip pemprosesan digunakan manakala spesifikasi lain adalah sama sahaja.

Huawei Nova 8 SE hadir dengan skrin 6.53 inci OLED FHD+ dengan pengimbas cap jari terbina. Skrinnya juga terdapat takuk kecil untuk lensa swafoto 16MP.

Pada bahagian belakang terdapat 4 kamera disusun teratur memuatkan 64MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP depth.

Huawei Nova 8 SE dijana oleh cip MediaTek Dimensity 700 manakala varian High Edition pula MediaTek Dimensity 800U. Kedua-dua cip mempunyai rangkaian 5G.

Telefon ini dilengkapi dengan 8GB LPDDR4X RAM dan storan dalaman sebanyak 128GB berasaskan UFS 2.1. Terdapat juga sokongan microSD untuk penambahan storan.

Bateri Nova 8 SE berkapasiti 3,800mAh dengan pengecasan pantas 66W. Antara ciri lain adalah USB-C, Bluetooth 5.1, dan bicu audio 3.5mm.

Di China, Huawei Nova 8 SE dipasarkan bermula 2,599 Yuan (~RM1,628). Pilihan warna yang diberikan adalah Magic Night Black, Dark Blue, Silver Moon Start, dan Sakura Snow Clear Sky.

Rujukan: Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress