Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Gambaran Awal Peranti Redmi K50, Rekaan Serba Baharu

Posted on Oktober 18, 2021

Peranti Redmi sememangnya terkenal dalam kalangan peminat disebabkan spesifikasi baik dan harganya yang mampu milik. Jika Redmi K40 dilancarkan awal tahun ini, penggantinya Redmi K50 pula dikhabarkan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Redmi K50 dikatakan bakal menerima rekaan serba baharu. Ia adalah berdasarkan imej yang dikongsikan HoilNDI yang mana mereka pernah berbuat demikian ketika pengenalan tablet Xiaomi Pad 5.

Redmi K50 nampaknya dijangka hadir dengan tetapan kamera mirip Huawei Mate 40 atau OnePlus 7T yang mana modulnya berbentuk bulat. Ia sedikit berbeza berbanding model-model Redmi sebelum ini.

Selain itu, paparannya juga turut tampil lebih luas dengan bezel yang sangat nipis bersama-sama kamera swafoto pada bahagian kiri atas peranti.

Walau apa pun, Redmi K50 dilaporkan untuk dilancarkan pada Disember tahun ini. Mungkin ia didatangkan cip pemproses Snapdragon 898 atau Snapdragon 888 dan juga kamera utama 64MP.

Tambahan lagi, sekiranya Redmi K50 rasmi nanti, ia mungkin dijenamakan semula sebagai POCO F4 untuk pasaran global seperti mana POCO F3.

Sumber: notebookcheck

Baca juga:

  • POCO M4 Pro Mungkin Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

  • Xiaomi Akan Ada Telefon Baharu Yang Dilengkapi Paparan 4K

  • Telefon Redmi Dijangka Hadir Dengan Antara Muka Tersendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress