Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
k50 merc-amg petronas poster

Redmi K50 Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team Juga Akan Dilancar Lusa

Diterbitkan Februari 14, 2022 · Dikemas kini Februari 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Siri Redmi K50 yang akan dilancarkan lusa ialah peranti mercu keluaran Redmi yang dinanti-nanti dalam kalangan peminatnya.

Terkini, laporan dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan Redmi 50K akan turut hadir dengan edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team. Tidak pasti tentang perbezaan spesifikasi namun yang ia akan hadir dengan rekaan luaran yang sedikit unik.

k50 merc-amg petronas poster full

Bukan itu sahaja, malah kotaknya turut ditiriskan menjelang pelancaran dalam beberapa hari lagi.

kotak k50 merc amg petronas

Redmi K50 Gaming Edition dikatakan akan disertakan cip Snapdragon 8 Gen 1, skrin 6.67 inci OLED QHD+, kamera utama 64MP + 13MP + 2MP, swafoto 16MP dengan bateri berkapasiti 4,700mAh serta pengecasan 120W.

Sebelum, Redmi pernah mengeluarkan produk edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team juga iaitu Mi Electric Scooter Pro 2.

redmi scooter mercedes-amg petronas f1

Menurut pengurus Redmi, Lu Weibing, Redmi K50 disasarkan untuk menjadi telefon paling sejuk yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Seperti biasa, siri K daripada Redmi akan dipasarkan sebagai Poco. Redmi K50 ini dijangka akan dijual dengan nama Poco F4 GT untuk pasaran global.

Sumber: Xiaomiui

Baca juga:

  • Ini Harga Rasmi Bagi Semua Model Redmi Note 11 Buat Pasaran Tempatan
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Selain Mi 11, Xiaomi Turut Umum TV 4K Dan Skuter Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY