Penghujung Januari lepas, empat model terbaharu daripada Xiaomi, iaitu barisan Redmi Note 11 dilancarkan secara rasmi buat pasaran global.
Kini, mereka akhirnya membawa masuk kesemua model tersebut di Malaysia pula. Melalui siri Redmi Note 11, mereka menerima kemas kini dari segi rekaan yang mana tampil dengan sisi rata. Malah, pada masa yang sama masih berkuasa.
Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S
Kita mulakan dengan dua model bukan pro, Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S. Redmi Note 11 didatangkan dengan cip Snapdragon 680, memori sehingga 6GB RAM, storan dalaman 128GB, skrin 6.43 inci AMOLED FHD+ bersama-sama kadar segar semula 90Hz.
Panel belakang terdiri 4 lensa – 50MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP kedalaman. Sementara 13MP untuk lensa swafoto. Bekalan bateri 5000mAh diberikan dengan sokongan pengecasan pantas 33W.
Untuk Redmi Note 11S, terdapat sedikit sahaja perbezaan berbanding model paling rendah. Ia dilengkapi paparan 6.43 inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz.
Dikuasakan cip MediaTek Helio G96 yang dipadankan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.
Tetapan kamera lebih baik, ia hadir dengan 108MP utama + 8MP ultra lebar +2MP makro + 2MP kedalaman. Diiringi 16MP bagi lensa swafoto. Bateri masih sama, iaitu 5000mAh dan pengecasan 33W.
Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro 5G
Beralih kepada model pro, Redmi Note 11 Pro mempunyai skrin 6.67 inci AMOLED FHD+ dengan sokongan 120Hz.
MediaTek Helio G96 menggalas tugas sebagai cip pemprosesannya. Dibantu dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.
Kemampuan fotografi pula, ia berkongsi tetapan sama dengan Redmi Note 11S di mana 108MP utama + 8MP ultra lebar + 2MP makro + 2MP kedalaman dan 16MP kamera hadapan. Bateri berkapasiti 5000mAh ini hadir dengan kelajuan mengecas 67W.
Redmi Note 11 Pro 5G pula model yang paling premium bagi keluarga Redmi Note 11. Didatangkan dengan Snapdragon 695 yang menyokong rangkaian 5G.
Turut hadir skrin 6.67 inci AMOLED FHD+ dengan 120Hz, memori sehingga 8GB RAM dan storan 128GB.
Terdapat tiga tetapan kamera yang terdiri 108MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Sementara kamera swafoto pula 16MP. Sama juga, dibekalkan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 67W
Spesifikasi lain bagi kesemua model tersebut adalah termasuk pembesar suara stereo, pengimbas cap jari sisi, NFC, bicu audio 3.5mm dan menjalankan MIUI 13 tetapi berasaskan Android 11.
Harga Jualan
Ini adalah harga rasmi buat pasaran Malaysia bagi siri Redmi Note 11:
- Redmi Note 11 – Bermula RM749
- Redmi Note 11S – Bermula RM899
- Redmi Note 11 Pro – Bermula RM999
- Redmi Note 11 Pro 5G – Bermula RM1199
Bagi yang berminat, pra-tempah bermula esok (11 Februari) hingga 18 Februari di mana terdapat hadiah percuma serta harga diskaun bagi peranti-peranti tersebut. Ia boleh didapati di kedai dalam talian Xiaomi Shopee dan Lazada.
Baca juga:
-
Xiaomi Mi 2K Gaming Monitor 27″ Dengan QHD 165Hz Diperkenalkan Berharga RM1,699
-
Xiaomi Jadi Jenama Telefon Pintar Pilihan Rakyat Malaysia Bagi Tahun 2021