Sebelum ini, siri Redmi K50 telah mengesahkan bahawa peranti ini akan dilancarkan pada bulan Februari tahun ini. Dengan perkongsian poster terbaharu daripada Weibo Redmi, tarikh pelancaran adalah pada 16 Februari 2022, jam 7 malam.
Poster tersebut menunjukkan rekaan telefon yang menggunakan sistem 3 kamera yang mempunyai pencahayaan RGB dan butang magnetik. Tidak disangkal lagi bahawa ia adalah peranti K50 Gaming Edition.
Tidak pasti sama ada Redmi bakal melancarkan keempat-empat model Redmi K50 sekali gus pada tahun ini atau pun tidak. Empat model tersebut ialah Redmi K50, K50 Pro, K50 Pro+ dan K50 Gaming Edition. Jika tahun lepas, Redmi melancarkan K40 Gaming Edition sedikit lambat berbanding siri K40 yang lain.
Khabar angin mengatakan Redmi K50 Gaming Edition ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, skrin 6,67 inci OLED QHD+, kamera utama 64MP + 13MP + 2MP, swafoto 16MP. Bateri pula berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan 120W.
Apa-apa pun, kita tunggu sahaja pelancarannya nanti untuk tahu spesifikasi lanjut siri K50 ini yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Sumber: Redmi Weibo
Baca juga: