Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi K30 Mungkin Dilengkapi Paparan 120Hz Dan Sensor Sony IMX 686

Redmi K30 Mungkin Dilengkapi Paparan 120Hz Dan Sensor Sony IMX 686

Diterbitkan November 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Antara topik perbualan peminat teknologi beberapa hari kebelakangan ini adalah berkisar tentang siri Redmi K30 yang dikatakan bakal hadir seawal Disember, sementara versi Pro pula pada awal tahun hadapan.

Kini menambah informasi awal mengenai peranti tersebut, tiga spesifikasi menarik mungkin ditawarkan Xiaomi pada penawaran akan datang.

Menggarap laporan dari laman XDA-Developers, nama kod Phoenix kuat dikaitkan dengan model Redmi K30 yang mana ia memperlihatkan ciri imbasan cap jari pada bahagian sisi dan ia mempunyai rekaan punch hole dua lensa pada penjuru atas kanan paparan.

Redmi K30 Mungkin Dilengkapi Paparan 120Hz Dan Sensor Sony IMX 686
Imej | XDA Developers

Informasi ini didapati  daripada MIUI 11 versi terbaru dan selain itu, paparan dengan kadar penyegaran 120Hz turut dikesan.

Bahagian kamera juga dilihat mendapat kelengkapan terbaik dimana sensor kamera Sony IMX 686 mungkin dimuatkan bersama.

Terdahulu, Sony sedia berkongsikan hasil rakaman sensor tersebut yang mampu merakaman pada resolusi 64MP.

Walaupunbegitu, maklumat ini belum dapat dipastikan kesahihannya tetapi jika kesemua penawaran ini dbekalkan pada Redmi K30, siri ini pasti menjadi tumpuan ramai.

Sumber: XDA-Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY