Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi K30 Dengan Sokongan 5G Akan Dilancarkan Tahun Hadapan

Redmi K30 Dengan Sokongan 5G Akan Dilancarkan Tahun Hadapan

Diterbitkan November 19, 2019 · Dikemas kini November 19, 2019 oleh Helmi Samsuri

Ketibaan siri Redmi K20 beberapa bulan lalu cukup mengujakan peminat telefon pintar mudah alih kerana spesifikasi dan harga jualan yang berbaloi untuk dimiliki. Di Malaysia, kedua-dua model dalam siri ini dipasarkan dengan nama Mi 9T dan Mi 9T Pro.

Baru-baru ini menerusi perkongsian di Weibo, Pengurus Besar Redmi, Lu Weibing telah memberi sedikit petunjuk mengenai generasi seterusnya dalam siri tersebut.

Lu Weibing

Walaupun tidak menyatakan secara terperinci, dipenghujung perkongsian itu jelas menggambarkan Redmi K30 bakal hadir seawal Disember tahun ini sementara versi Pro dengan sokongan 5G pada tahun hadapan.

Buat masa sekarang, spesifikasi yang telah disahkan hanyalah skrin dengan punch hole yang menempatkan dua lensa kamera pada bucu bahagian kanan paparan.

Redmi K30 Dengan Sokongan 5G Akan Dilancarkan Tahun Hadapan
Poster daripada Redmi

Dalam perkembangan lain pula, satu imej telah tersebar mendakwa model yang dirakam itu adalah rupa bentuk sebenar Redmi K30.

Butang kuasa serta  pelaras kelantangan bunyi kelihatan berada disisi kanan dengan peranti kelihatan sedikit tebal, mungkin kerana penggunaan sarung pelindung.

Redmi K30

Paparannya juga luas bersama bezel nipis diatas dan bawah, namun ia tidak dapat disahkan sama ada ia adalah Redmi K30 seperti yang digembar-gemburkan.

Sumber: Weibo, ITHome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY