Redmi K30 5G Racing Edition Dilancarkan - Hanya Kemaskini Cip Dengan Snapdragon 768G

Redmi K30 5G Edition ini merupakan ahli terbaharu dalam siri Redmi K30. Spesifikasi peranti ini secara keseluruhannya adalah sama sahaja dengan model Redmi K30 5G terdahulu. Bezanya adalah ia dijana cip pemprosesan lebih pantas serta terdapat dalam pilihan warna yang baharu.Redmi K30 5G Racing Edition goes official as first phone with Snapdragon 768G

Paparan peranti berukuran 6.67 inci Full HD+ IPS LCD yang disertakan dengan lubang pil dua lensa swafoto 20MP utama dan 2MP depth.

Peranti dijana oleh Snapdragon 768G sekaligus membuatkan ia peranti pertama dimuatkan dengan cip berkenaan. Dari segi prestasi, Snapdragon 768G sedikit lebih pantas berbanding 765G dengan 15% peningkatan kelajuan CPU dan juga GPU.

Hanya terdapat satu konfigurasi memori iaitu 6GB/128GB UFS 2.1. Tetapan kamera belakang adalah sama sahaja dengan Redmi K30 5G - 64MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro, dan 2MP depth.

Peranti dimuatkan dengan 4,500mAh kapasiti bateri dan turut menyokong pengecasan pantas 30W. Berbeza dengan Redmi K30 5G biasa, peranti ini hadir dengan pilihan warna baharu hijau mint.Redmi K30 5G Racing Edition goes official as first phone with Snapdragon 768G

Di China, Redmi K30 5G Racing Edition dijual pada harga 2,000 yuan (~RM 1,226).

Berkaitan