Menariknya tentang peranti ini, ia turut dimuatkan dengan sensor Sony 64MP IMX686 menjadikannya sebagai yang pertama bakal berada dipasaran.

Dari segi spesifikasi, Redmi K30 tampil dengan paparan LCD 6.67 inci Full HD+ (1080×2400) serta menyokong kadar penyegaran 120Hz, menjadikannya yang peranti pertama dari Redmi dengan ciri ini. Panel depan dan belakang dilindungi Corning Gorilla Glass 5. Redmi K30 juga mempunyai rekaan melengkung 3D bagi memberi keselesaan ketika memegang peranti.

Bagi konfigurasi memori, pengeluar menyediakan variasi 6GB/64GB, 8GB/128GB dan 8GB/256GB sebagai pilihan kepada pengguna. Selain sensor 64MP, kuad kamera bahagian belakang akan menempatkan sensor 8MP ultra lebar, 5MP makro (2MP makro untuk versi 4G) serta 2MP untuk kedalaman imej. Sementara itu, kamera hadapan digalas oleh dwi kamera 20MP+2MP. Fungsi imbasan cap jari pula terletak pada sisi peranti.
Menjana peranti dari dalam adalah bateri berkapasiti 4500mAh yang digandingkan dengan pengecasan pantas 30W (27W untuk versi 4G). Spesifikasi lain yang dimuatkan adalah bicu audio 3.5mm, dwi frekuensi GPS, NFC, Bluetooth 5.0 dan sokongan audio Hi-Res.
Harga bagi versi 5G diletakkan pada paras bermula 1999 yuan (~RM1183) sehingga 2199 yuan (~RM1715), manakala versi 4G pula antara 1599 yuan (~RM946) sehingga (~RM1301). Akan menjalankan sistem MIUI 11 berasaskan Android 10, ia ditawarkan dengan warna Purple Jade, Deep Sea Gleam, White dan Reddish Orange.
Berkaitan
- Xiaomi Keluarkan Redmi Note 4 Warna Biru Dan Hitam
- Redmi Note 9S Dikatakan Mempunyai Masalah Sambungan WiFi
- Siri Redmi Note 8 Diacah Hadir Dengan Sistem Penyejukan Dan Alat Kawalan Permainan
- Redmi Note 7 Bakal Membuat Kemunculan Rasmi 19 Mac Ini
- Xiaomi Redmi 5A Dijual Pada Harga RM339, Promosi Berlangsung Hari Ini Sahaja
- Redmi Note 7 Kini Rasmi - Dilengkapi Dwi Kamera 48MP Dan 5MP
- POCO M2 Pro Dilancarkan, Mirip Kepada Redmi Note 9S
- Redmi 8 Dikatakan Sudah Tersenarai Pada Laman Sesawang Badan Piawaian China
- CEO Redmi Nafi Ura-Ura Peranti Flagship Mereka Dinamakan Sebagai Redmi X
- Redmi Note 5 Mungkin Hadir Dengan Bingkai Nipis Dan Snapdragon 636