Redmi 7 Diumumkan, Hadir Dengan Snapdragon 632 Dan Bateri 4000mAh

Sub-jenama Xiaomi, Redmi hari ini meneruskan lagi persaingan telefon pintar dengan pengumuman model Redmi 7.

Sudah disebut-sebut sejak minggu yang sudah, ia kini rasmi dilancarkan pada sebuah acara yang berlangsung di China.



Peranti ini dilengkapkan spesifikasi seperti skrin paparan LCD 6.26 inic HD+, Snapdragon 632 1.8GHz, dwi kamera belakang gabungan lensa 12MP+2MP, dan kamera hadapan 8MP.

Bagi sistem memori pula, pembeli diberikan pilihan antara RAM 2GB/16GB, RAM 3/32GB dan RAM 4GB/64GB. Masing-masing akan dijual pada harga 699 yuan (~RM 424), 799 yuan (~RM485) dan 999 yuan (~RM 606).



Bersama-sama pengenalan Redmi 7 adalah pengenalan Redmi Note 7 Pro untuk pasaran China yang hadir dengan Snapdragon 675 dan kamera utama 48MP dari Sony IMX-586.