Melalui perkongsian Weibo oleh CEO Redmi, Lu Weibing, syarikatnya itu akan memperkenalkan Redmi 7 untuk pasaran China.
Telefon pintar itu hadir dengan skrin LCD 6.26 inci HD+, Snapdragon 632, pilihan memori 2GB/16GB, 3GB/32GB, dan 4GB/64GB.
Lensa 12MP dan 5MP digunakan untuk dwi kamera belakang sementara 8MP diletakkan untuk rakaman swafoto.
Mempunyai sensor cap jari dibahagian belakang, Redmi 7 dijana dengan bateri 3900mAh yang dicas melalui port MikroUSB.
Tawaran warna yang diberi adalah hitam, merah, biru, merah jambu, putih, hijau, ungu, dan kelabu. Untuk pasaran tempatan pula, ia dikhabarkan telah melepasi pengesahan SIRIM tetapi tidak dipastikan lagi bilakah penawarannya akan dibuat.
Harga jangkaan pula adalah sekitar 900 yuan (~RM547). Turut sama akan diperkenalkan nanti adalah Redmi Note 7 Pro dengan spesifikasi seperti, kamera 48 MP sony IMX 586, bateri 4000mAh, Snapdragon 675, skrin paparan 6.3 inci dan RAM 6GB/128GB.
Sumber: Weibo via Droidshout
Berkaitan
- Siri OPPO Reno2 Rasmi Diperkenalkan Di Malaysia, Harga Bermula RM1599
- Realme 5 Dan Realme 5 Pro Diperkenalkan, Mempertaruhkan 4 Kamera
- Pegawai Di White House Minta Tangguh 2 Tahun Sekatan Keatas Huawei
- OnePlus 7 Mungkin Guna Skrin Dengan Mekanisma Gelongsor
- Anda Peminat Siri Kartun Futurama? Siri Permainan Futurama: World of Tomorrow Sudah Boleh Dimuat Turun
- OPPO Find X Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM1699
- Huawei Enjoy 7S Akan Dipasarkan Secara Global Dengan Nama Huawei P Smart
- Apple Reka Semula Papan Kekunci Macbook Pro Untuk Atasi Masalah Yang Dihadapi Pengguna
- Vivo Malaysia Tawar Khidmat Sanitasi Peranti Secara Percuma
- #MWC2019 - Huawei MateBook X Pro (2019) Dan Huawei MateBook 14 Diperkenalkan