Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
REDMAGIC Astra 2 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM3,599

REDMAGIC Astra 2 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM3,599

Diterbitkan September 9, 2026 oleh Amsyar Latif

REDMAGIC Astra 2 Gaming Tablet kini tersedia secara rasmi di Malaysia pada harga bermula RM3,599, selepas diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada minggu lalu.

Tablet gaming kompak berukuran 9.06 inci ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama cip gaming khusus RedCore R4. Ia ditawarkan dalam konfigurasi 12GB RAM + 256GB pada harga RM3,599, manakala versi 16GB RAM + 512GB pula berharga RM4,399.

Antara tarikan utama Astra 2 ialah AquaCore Cooling System 2.0, yang menggabungkan sistem penyejukan cecair, Liquid Metal 3.0 dan ruang wap VC bagi membantu mengekalkan prestasi ketika sesi gaming berpanjangan.

REDMAGIC Astra 2 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM3,599

Bahagian hadapan menempatkan skrin OLED 9.06 inci beresolusi 2.4K dengan kadar penyegaran sehingga 185Hz, kecerahan puncak 1,600 nits serta kadar pensampelan sentuhan segera sehingga 2,000Hz.

Astra 2 turut dilengkapi bateri berkapasiti 8,300mAh dengan pengecasan pantas sehingga 75W. Menurut REDMAGIC, baterinya boleh dicas penuh dalam masa sekitar 60 minit. Dua port USB-C turut disediakan bagi memberikan lebih fleksibiliti ketika mengecas sambil bermain.

REDMAGIC Astra 2 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM3,599

Spesifikasi lain termasuk REDMAGIC OS 11.5 berasaskan Android 16, pembesar suara stereo, dua motor linear paksi-X, pencahayaan RGB, perlindungan IP54 serta sokongan output paparan sehingga 4K@144fps atau 8K@60fps.

REDMAGIC Astra 2 tersedia dalam warna Black Eclipse dan Starfrost, dengan pembelian sehingga 30 September disertakan pelindung skrin, sarung penyejuk magnetik dan CMF Buds 2a secara percuma.

REDMAGIC Astra 2 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM3,599

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY