Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rebat 20% Untuk Pembayaran Tol Melalui Touch ‘N Go e-Wallet

Rebat 20% Untuk Pembayaran Tol Melalui Touch ‘N Go e-Wallet

Diterbitkan Februari 24, 2019 ยท Dikemas kini Februari 24, 2019 oleh Helmi Samsuri

Menambah baik aplikasi e-dompet sedia ada, Touch ‘N Go sudah menyertakan ciri Pay Direct. Melaluinya, pembayaran tol akan ditolak dari amaun baki pada aplikasi e-dompet sekiranya baki pada kad fizikal tidak mencukupi.

Oleh kerana masih lagi dalam fasa projek rintis, ia hanya boleh digunakan pada beberapa plaza tol terpilih seperti DUKE, LKSA dan terowong SMART.

Sebagai langkah menarik lebih ramai lagi pengguna, Touch ‘N Go kini memberikan rebat 20%. Ditawarkan sebanyak 10 kali setiap pengguna, ia akan berjalan dari tempoh 21 Februari sehingga 30 Jun 2019.

Rebat 20% Untuk Pembayaran Tol Melalui Touch ‘N Go e-Wallet

Amaun pembayaran maksimum untuk rebat ditetapkan pada nilai RM3, membawa maksud anda boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM0.60 untuk setiap pembayaran di tiga lebuhraya yang disebutkan diatas.

Rebat 20% Untuk Pembayaran Tol Melalui Touch ‘N Go e-Wallet

Bagi anda yang kerap menggunakan tiga lebuhraya diatas, boleh memanfaatkan promosi rebat ini untuk lebih penjimatan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY