Masih belum diperkenalkan secara rasmi, hari ini laman web rasmi RealmeĀ di Eropah mula menyiarkan sedikit spesifikasi yang bakal dibawa peranti tersebut.
Cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus dipilih untuk menggalas tanggungjawab menguasakan peranti dari dalam tetapi tidak menyatakan sebarang konfigurasi memori. Selain itu, bahagian kamera pula akan menampilkan tetapan 4 kamera yang terdiri daripada 64MP, lensa ultra lebar 115 darjah, lensa telefoto serta lensa potret. Diperlihatkan juga adalah kemampuan kamera yang mampu memberikan 20x zoom hybrid.
Laman rasmi itu turut sama mengesahkan kehadiran skrin paparan dengan kadar penyegaran 90Hz dan berkemungkinan besar ia akan dilengkapi dengan sensor imbasan cap jari pada paparan. Lain-lain perincian mengenai peranti masih lagi menjadi tanda tanya tetapi ura-ura ada menyebut ia akan diiringi dengan pengecasan pantas VOOC 4.0 30W.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti flagship keluaran Realme ini, kita nantikan pelancarannya tidak lama lagi.
Sumber: Realme
Berkaitan
- Realme 3 Pro Rasmi Dilancarkan Pada Harga Bermula RM899, Dijual Bermula Esok
- (Ulasan) Vivo V15 Pro - Dilengkapi Pop-Up Kamera Dengan Pilihan Warna Yang Menarik
- Hasil Kamera OnePlus 7 Pro Diperlihatkan, Mempunyai Keupayaan 3x Zoom Optikal
- realme C17 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM899
- Sony Malaysia Kemaskini Harga Model Xperia XZs Dan XZ, Pengurangan Harga Sehingga RM 500 Dan RM200
- OPPO R9s Plus Dilancarkan Di Malaysia 1 Mac Ini
- realme X3 Superzoom Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1999
- Barisan Komputer Riba Dan Pencetak Yang Diperkenalkan HP Di Malaysia
- Naib Presiden Xiaomi Perlihatkan Ciri Kalis Percikan Air Redmi K20 Pro
- Trina Solar lancar sistem solar Trinahome di Malaysia