Produk-produk ini akan dilancarkan secara atas talian melalui acara AIoT Grand Launch secara penstriman langsung. Sebagai tarikan utama acara tersebut, mereka akan melancarkan realme Watch dan realme Band.
realme tidak menyatakan secara spesifik produk apa yang akan dilancarkan namun anda sendiri boleh melihat dengan jelas produk-produk yang terdapat dalam imej poster mereka.
Selain realme Watch dan realme Band, produk lain seperti realme Buds Q, Buds Air Neo dan juga sebuah powerbank juga akan diperkenalkan.
Mengenai realme Watch, ia merupakan sebuah jam pintar pertama dari realme dan hadir dengan paparan petak LCD 1.4 inci. Ia mempunyai fungsi kalis air, Bluetooth 5.0 dan ketahanan bateri sehingga 20 hari.
realme Band pula merupakan gelang pintar dengan paparan warna 0.96 inci. Beratnya hanya sekitar 20g dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 10 hari.
Untuk makluman, acara pelancaran produk realme ini akan dilancarkan melalui laman Facebook mereka.
Sumber: realme Malaysia
Berkaitan
- Produk realme Seterusnya Adalah Sebuah Peranti Dengan Bateri 6,000mAh
- realme 5i Dilancarkan - Kuad Kamera, Snapdragon 665 Dan Bateri 5000mAh
- realme 7i Dilancarkan - Adik Kecil Siri realme 7 Dengan Cip Snapdragon 662 Dan Paparan 90Hz
- Siri realme X3 Akan Dilancarkan Di China 25 Mei Ini
- Qualcomm Umum Cip Snapdragon 768G - 15% Lebih Pantas Berbanding 765G
- realme Buds Air Rasmi Untuk Pasaran Malaysia - Fon Telinga TWS Berharga RM299
- realme C17 Pula Mula Disebut-Sebut, Bawakan Cip Snapdragon 460 Dengan 6GB RAM
- Apple Watch Series 6 Dan SE Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Bermula 15 Oktober Ini
- Bateri Realme X50 Dikatakan Mampu Bertahan Sehingga 2 Hari
- iPhone 11 Pro Kecundang Awal Dalam Ujian Perbandingan Kamera MKBHD