Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme ui

realme UI 2.0 Akan Diperkenalkan Pada 21 September Ini

Diterbitkan September 18, 2020 ยท Dikemas kini September 18, 2020 oleh Amalina Athman

Pada 9 September yang lalu, Google telah melepaskan kemaskini Android 11. Antara peranti terawal yang menerima kemaskini Android 11 termasuk dari jenama Pixel, OnePlus, Xiaomi, OPPO dan realme. OPPO pada Isnin lepas turut mengumumkan antaramuka ColorOS 11 yang berasaskan Android 11.

Kini, realme menjadualkan satu acara yang akan berlangsung di India pada 21 September ini dimana ia akan memperkenalkan antaramuka realme UI 2.0. Pada acara yang sama, realme turut mengesahkan akan melancarkan narzo 20, narzo 20A, dan narzo 20 Pro.

realme UI 2.0

Dalam pada itu, realme telahpun melepaskan kemaskini realme UI 2.0 versi beta bagi peranti flagship realme X50 Pro. Ia juga hampir sama seperti antaramuka ColorOS 11.

Walaupun begitu, realme dijangka akan mengumumkan senarai peranti yang akan menerima kemaskini realme UI 2.0 pada acara yang akan berlangsung 21 September ini.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
©2026 WISER.MY