realme narzo 50 Dan narzo 50A Prime Turut Dirasmi, Harga Bawah RM800

Selain telefon andalan GT 2, GT 2 Pro dan realme Airbuds 3, sebuah lagi siri telefon untuk kelas pertengahan juga dilancarkan bagi pasaran Malaysia.

Dua model tersebut ia realme narzo 50 dan realm narzo 50A.

realme narzo 50


Peranti kelas pertengahan ini dikuasakan oleh MediaTek Helio G96 Gaming, RAM sebesar 4GB dan 6GB, storan 64GB dan 128GB. 

Untuk paparan, ia memiliki skrin sebesar 6.6 inci dengan kadar segar 120Hz dan input sentuh 180Hz.



Dengan bateri 5000mAh, telefon ini juga menyokong pengecasan 33W Dart Charge yang mampu memenuhkan 100% dalam 70 minit.

Bercakap soal kamera, ia dilengkapkan tiga lensa iaitu 50MP + 2MP + 2MP dengan 16MP untuk swafoto.

Diinspirasi daripada kereta lumba, realme narzo 50 menampilkan rekaan tekstur kevlar di belakang dengan berat tubuh 194g bersama pengesan cap jari di sisi.

Harga biasa realme narzo 50 bagi varian 46GB+64GB ialah RM699 dan 6GB+128GB pula RM799.

Hadir dengan dua warna iaitu hitam dan biru, anda boleh dapatkannya dengan harga promosi di Lazada.

Lazada (27-29 Mac 2022)

realme narzo 50A Prime


Telefon ini pula dijana cip Unisoc T612 dengan RAM 4GB dan 6GB berstoran 64GB hinga 128GB.

Baterinya sebesar 5,000mAh manakala skrin FHD pula bersaiz 6.6 inci. Untuk kamera, ia dilengkapkan kamera utama 50MP, makro 2MP dan lensa hitam putih. Bagi swafoto, ia menampilkan lensa 8MP.

May be an image of phone, screen and text that says "realme narzo 50A PRIME Start from RM 529 RRP. RM629 4+64GB Only on 25Mar Available ats 26 Mar 2022 Shopee Start from RM 579 RRP: RM679 4+128GB MO OZIbU arzo arzo"

Juga terdapat dalam warna hitam dan biru, varian 4+64GB berharga RM629 dan 6+128GB berharga RM679.

Namun, anda boleh dapatkannya pada harga lebih rendah di Shopee pada tarikh ini.

Shopee (25-26 Mac 2022)

Baca juga: