realme Buds Air 3 Dilancar Di Malaysia, Dengan ANC Serendah RM169

Dalam pelancaran siri andalan premium terbaru GT, realme juga sama merasmikan realme Buds Air 3 untuk pasaran tempatan.

Sebagai sebuah TWS, ia mempunyai pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 42db, berbanding 23db pada Buds Air 2 serta dilengkapi Dual Mic Noise Cancellation pada mikrofonnya yang berfungsi untuk mengurangkan hingar persekitaran ketika bercakap.

Dengan kuasa bateri sebesar 546mAh, ia boleh memainkan lagu sehingga 30 jam. Selain itu, realme Buds Air 3 menyokong pengecasan pantas di mana hanya dengan 10 minit pengecasan, ia boleh digunakan selama 100 minit.



Ini juga merupakan TWS realme yang pertama mendapat pengiktirafan TÜV Rheinland untuk pengurangan bunyi persekitaran.

Untuk audio, ia menampilkan pemacu bersaiz 10mm, Dynamic Bass Boost Driver bersama Liquid Crystal Polymer Diaphragm untuk pengalaman mendengar bass yang baik.



Bagi penggunaan semasa bermain game, Game Mode boleh memberikan kependaman serendah 88ms.

realme Air Buds 3 boleh didapati di seluruh Malaysia bermula 25 Mac dengan harga RM229 dan ia dijual dalam dua warna iaitu Galaxy White dan Starry Blue.



Namun, untuk 25-27 Mac melalui kedai rasmi realme di Lazada dan Shopee, ia boleh dibeli dengan harga RM169 selagi stok masih ada.

Layari laman web realme untuk maklumat lanjut.

Baca juga: