realme GT 2 Pro Dilancar Pada Harga RM2,999 - Snapdragon 8 Gen 1, AMOLED LTPO 2.0

Peranti kelas andalan dinanti-nanti peminat, realme GT 2 Pro telah dilancar secara rasmi untuk pasaran Malaysia dengan harga RM2,999. Namun, untuk masa terhad, ia akan dijual pada RM2,599.

Dengan rekaan istimewa daripada Naoto Fukasawa, model ini juga dikatakan mesra alam kerana diperbuat daripada polimer berasaskan bio untuk penutup belakang dan memberikan tekstur kertas premium, dipanggil Paper Tech Master.



Dikuasakan Snapdragon 8 Gen 1, ia memiliki RAM sebesar 12GB dan storan 256GB.

Untuk paparan, telefon ini hadir dengan skrin rata AMOLED E4, LTPO 2.0 dengan resolusi 2K bersaiz 6.7 inci berketumpatan 525 PPI.

Bukan itu sahaja, ia juga mendapat pengiktrafan A+ daripada DisplayMate selain dilengkapkan kadar segar 120Hz dan input sentuh 1000Hz.



Keluar dari kotak, ia langsung menjalankan Android 12 bersama antara muka realme 3.0. Dari segi rekaan, ia menggunakan rekaan khas digelar Paper Tech Master yang menampilkan 'kulit' yang tersendiri.



realme mengatakan realme GT 2 Pro ialah telefon dengan ruang penyejukan terbesar di dunia seluas 36,761mm² .

Telefon ini juga mempunyai struktur penyejukan 9 lapisan dengan ruang vapour chamber keluli tahan karat seluas 4,129mm².

Kamera di bahagian pula dilengkapkan 3 lensa iaitu 50MP+50MP+3MP (150 darjah) manakala 32MP untuk swafoto.

Dengan bateri 5,000mAH, ia menyokong pengecasan pantas 65W SuperDart. Untuk gaming, pengguna boleh mengaktifkan GT mode 3.0 yang akan mengoptimasikan telefon sesuai dengan keperluan permainan.



Dari 25-26 Mac, anda boleh mendapatkannya pada harga RM2,599 melalui kedai rasmi realme di Shopee bersama realme Buds 2 NEO.

Jika anda terlepas, tawaran yang sama juga diberikan pada 30-31 Mac, juga melalui Shopee.

Di kedai fizikal realme pula, ia boleh didapati pada RM2,999 dengan realme Watch 2 Pro percuma dan lanjutan waranti (model Pro) pada 26-27 Mac.

Baca juga: