Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme gt2 pro skrin 2k

Skrin realme GT2 Pro Bawa Resolusi QHD, Boleh Kesan Degupan Jantung

Diterbitkan Disember 27, 2021 oleh Faiz Munir

Semakin dekat hari pelancaran untuk realme GT2 Pro, semakin banyak yang kita akan tahu mengenai telefon pintar ini. Terbaharu, Xu Qi Naib Presiden realme telah memuat naik kiriman di Weibo yang tertulis “32161440”.

Skrin realme GT2 Pro Bawa Resolusi QHD, Boleh Kesan Degupan Jantung

Ia bukanlah kombinasi nombor rawak tetapi merujuk kepada resolusi yang akan digunakan pada realme GT2 Pro. Dengan itu, kita dapat tahu  bahawa telefon ini akan didatangkan dengan resolusi QHD atau 2K.

Skrin realme GT2 Pro Bawa Resolusi QHD, Boleh Kesan Degupan Jantung

Selain itu, realme GT2 Pro ini juga dikatakan akan menggunakan skrin paparan E5 AMOLED, kadar segar semula 120Hz serta dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass Victus.

Tidak berhenti disitu, skrin ini juga akan disertakan fungsi baharu iaitu pemantauan kadar degupan jantung dengan hanya meletakkan jari pada kawasan cap jari pada skrin peranti ini.

Skrin realme GT2 Pro Bawa Resolusi QHD, Boleh Kesan Degupan Jantung

Menurut hantaran lain Xu Qi pula, realme juga cuba untuk menjadikan paparan skrin mereka jenis rata tetapi mempunyai rasa seperti melengkung. Buat masa ini, belum diketahui bagaimana untuk realme merealisasikan impian mereka ini.

Skrin realme GT2 Pro Bawa Resolusi QHD, Boleh Kesan Degupan Jantung

realme GT2 Pro ini akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1 dan akan dilancarkan pada 4 Januari 2022.

Sumber: GizChina

Baca juga:

  • Xiaomi 12 Pro Menjinakkan Suhu Snapdragon 8 Gen 1 Semasa ‘Gaming’
  • Ini Peranti Yang Menyokong 5G Di Malaysia Buat Masa Sekarang

  • Tertiris Rekaan Xiaomi 12 dan 12 Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY