Dengan peralihan teknologi dari 4G ke 5G, semakin lama semakin banyak telefon dengan sokongan 5G dijual di pasaran.
Apple merupakan jenama besar yang agak lewat memperkenalkan ciri 5G pada telefon mereka.
Namun menariknya, sekali sahaja dia perkenalkan telefon 5G iaitu pada tahun lepas (suku keempat 2020), ia berjaya merembat majoriti pegangan jualan telefon 5G sebanyak 65%.
Sementara itu pada masa yang sama, pegangan seterusnya dimiliki oleh Huawei (10%) dan Samsung (8%).
Setahun seterusnya pada suku ketiga 2021, pegangan pasaran telefon 5G Apple sedikit menurun pada 50%.
Samsung menaik kepada 17%, OPPO kepada 7.5%, manakala Xiaomi kepada 7.4%. Faktor terbesar mungkin disebabkan lambakan kelas pertengahan dan bajet mula menyokong 5G.
Agak sedih kerana pegangan pasaran 5G Huawei semakin hilang dengan jualan telefon 5G hanya 1% pasaran. Namun, HONOR mengubati kekecewaan dengan kenaikan 5%.
Apa yang agak menarik melalui pemerhatian laporan, dalam 100 telefon 5G paling laris di dunia, walaupun OPPO, Xiaomi, Samsung, dan vivo mempunyai banyak lambakan telefon 5G, hanya 11-13 model sahaja yang tersenarai.
Lain pula ceritanya, dengan Apple, Apple hanya ada 8 model telefon 5G, tetapi kesemuanya tersenarai dalam 100 telefon 5G paling laris di dunia.
Bak kata orang putih, “Less is more“.
Sumber: Strategy Analytics
Baca juga:
- 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2
- Setelah Buang Pengecas, iPhone Akan Datang Bakal Hilang Slot Kad SIM Pula
- iPhone 14 Pro Mungkin Ada RAM Yang Besar Tapi Tak Sebesar Peranti Android