Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Visual – 2020 Global Smartphone Shipments WIDE

Counterpoint: realme Jenama Yang Paling Pesat Berkembang Pada Tahun 2020

Diterbitkan Februari 1, 2021 oleh Amsyar Latif

Laporan terbaru daripada syarikat penyelidikan Counterpoint, realme diumumkan sebagai jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia pada tahun 2020.

Berdasarkan laporan tersebut, realme berjaya meningkatkan peratusan YoY sebanyak 65% dan mengeluarkan 42.4 juta telefon pintar tahun lalu.

Visual – 2020 Global Smartphone Shipments

Tidak dinafikan bahawa realme sentiasa mengeluarkan telefon pintar hampir setiap bulan demi memenuhi pelbagai lapisan dan kategori telefon kelas permulaan sehinggalah berkelas andalan.

Visual – Exhibit Smartphone Shipment Market Share CY 2019 and CY 2020

 

Tambahan lagi, Sky Li yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Global realme juga berkata mereka akan sentiasa meningkatkan perkhidmatan selepas jualan bagi produk-produk realme.

Dalam pada itu, Apple mencipta rekod untuk pengeluaran telefon pintar mereka pada tahun lalu dengan sebanyak 81.9 juta. Data ini juga dapat dilihat berdasarkan laporan terdahulu oleh DigiTimes.

Visual – Exhibit Smartphone Shipment Market Share and Growth Q4 2020

Selain itu, pada suku keempat tahun 2020 juga menyaksikan pasaran telefon pintar 5G meningkat 34% yang mana iPhone 12 baru sahaja hadir dengan rangkaian 5G sementara jenama seperti OnePlus, OPPO, Xiaomi dan vivo telah lama mempunyai rangkaian ini.

Dengan ini, pasaran telefon pintar yang hadir dengan rangkaian 5G akan terus meningkat pada tahun ini dan masa hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY