Fon telinga ini mempunyai pemacu audio 12mm dan juga menggunakan diafragma dimport khas dari jenama LCP. Terdapat 2 mikrofon terbina yang digunakan untuk pembatalan hingar. Satu mikrofon untuk mengesan suara manusia dan satu lagi mengesan bunyi latar belakang.
Ia mempunyai cip khas R1 untuk mengurangkan latensi audio. Turut terdapat Bluetooth 5.0 untuk sambungan kepada peranti. Dengan bantuan cip itu juga, fon telinga akan automatik bersambung apabila kerangka dibuka setelah disambungkan kepada peranti untuk kali pertama.
Antara fungsi menarik Realme Buds Air adalah ia mempunyai mod gaming. Menggunakan mod ini, fon telinga boleh mengurangkan latensi sehingga 51%. Menurut Realme, latensi dengan mod gaming ini adalah pada 120ms sahaja.
Antara fungsi lain adalah Smart Wear Detection. Ia mempunyai sensor yang mengesan pemakaian fon telinga dan jika fon telinga dicabut. Turut terdapat juga adalah kawalan gesture sepeti tap 2 kali untuk main/henti, 3 kali untuk langkau lagu, tekan untuk menyeru Google Assistant dan sebagainya.
Berkenaan dengan hayat bateri, fon telinga ini menawarkan penggunaan sehinggga 3 jam dan sehingga 17 jam dengan kerangkanya. Tambahan lagi, ia menyokong pengecasan tanpa wayar, dan mempunyai LED dan USB-C untuk pengecasan biasa.
Terdapat 3 pilihan warna yang dijual - kuning, putih, dan hitam. Ia dijual pada harga ₹3,999 (~RM232) di India sahaja buat masa ini.
Sumber: Gizmochina
Berkaitan
- Harmony OS 2.0 Diperlihatkan Untuk Telefon Huawei - Masih Sokong Aplikasi Android Dengan Antaramuka Lebih Lancar
- realme C11 Dengan Cip Helio G35 Akan Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Sony Memperlihatkan Dron Airpeak Yang Dipasang Kamera Sony Alpha Untuk Golongan Professional
- realme C3 Dilancarkan - Peranti Kelas Permulaan Dengan Helio G70 Dan Bateri 5000mAh
- Siri realme X3 Akan Dilancarkan Di China 25 Mei Ini
- Fall Guys Akan Hadir Untuk Versi Telefon Pintar, Dibangunkan Oleh Syarikat Bilibili Dari China
- iPhone 11 Merupakan Telefon Pintar Paling Laris Dijual Untuk Separuh Pertama Tahun 2020
- realme 5 Pro Dengan Warna Chroma White Ini Hanya Dijual Terhad 500 Unit Sahaja
- Kusyen Pad Telinga AirPods Max Berharga RM349 Sepasang
- Kajian: Cas Telefon Dalam Bilik Tidur Punca Obesiti Dan Diabetes