Peranti ini dijana oleh cip Helio G70 dari MediaTek dengan proses 12nm yang memfokuskan gaming untuk peranti bajet. Peranti ini merupakan yang pertama menggunakan cip berkenaan. Dari segi perbandingan, prestasi CPUnya adalah hamper sama dengan Snapdragon 710. Terdapat 2 pilihan storan iaitu 3GB/32GB dan juga 4GB/64GB. Storan juga boleh ditambah melalui kad microSD.
Untuk skrin, ia bersaiz 6.5 inci dan juga dimuatkan dengan takuk kecil yang menempatkan 5MP kamera swafoto. Resolusi skrin adalah HD+ sahaja, nisbah 20:9 dan mempunyai 89.8% nisbah skrin ke badan.
realme C3 menggunakan tetapan 2 kamera belakang iaitu 12MP (f/1.8) utama dan 2MP (f/2.4) lensa depth.
Menariknya mengenai peranti ini, ia dimuatkan dengan antaramuka baru realme UI yang berasaskan Android 10. Terdapat juga fungsi perkongsian muzik dwi mod. Dengan fungsi ini, muzik boleh dimainkan melalui bicu 3.5mm audio dan juga Bluetooth kedua-duanya sekaligus.
Dengan berat peranti 195 gram, ia dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh. Namun sayangnya, ia masih menggunakan micro USB. Selain itu, terdapat fungsi pengecasan berbalik untuk mengecas peranti lain.
Terdapat 2 pilihan warna terang pilihan iaitu Blazing Red dan Frozen Blue. Melihatkan pilihan warna yang ada, jelas peranti disasarkan kepada golongan muda.
Di India, realme C3 dijual bermula dari INR6,999 (~RM404) untuk memori 3GB/32GB dan INR7,999 (~RM462) untuk 4GB/64GB. Untuk pasaran tempatan, ayuh sama-sama kita menunggu model ini tiba ya.
Berkaitan
- Smart Band Pertama Dari realme Dilancarkan - Ketahanan Bateri Sehingga 10 Hari
- Qualcomm Lancar Cip Audio QCC305x Untuk TWS Kelas Pertengahan
- realme 5i Dilancarkan Di Malaysia - Peranti Kelas Pertengahan Bajet Dengan Harga RM599
- realme C11 Dengan Cip Helio G35 Akan Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- realme Ada Adik Baharu - realme 9i Dengan Snapdragon 680 Dan Kamera 50MP
- Ulasan realme C12: Sekelumit Naik Taraf Tidak Penting Berbanding realme C11
- realme C17 Pula Mula Disebut-Sebut, Bawakan Cip Snapdragon 460 Dengan 6GB RAM
- realme Rekod Hasil Jualan Memberansangkan Ketika Kempen Lazada Salam Mubarak
- Anda Boleh Memiliki realme Smart TV Mulai 22 Disember Ini - Harga Potongan Bermula RM699
- realme Watch Dan realme Band Bakal Dilancarkan Di Malaysia 11 Jun Ini