Ketika ini, pengecasan pantas realme yang ada di pasaran adalah realme SuperDart 65W. Namun, teknologi pengecasan pantas 100W+ dikatakan akan diperkenal sebagai Ultra Dart. Turut didedahkan pengecas tersebut boleh mengisi 1/3 daripada 4000mAh bateri dalam tempoh 3 minit sahaja.
Berdasarkan perkongsian imej yang disertakan, 4000mAh bateri hanya memerlukan masa sekitar 10 minit untuk pengecasan penuh. "-11660mA" yang tertera menunjukkan teknologi tersebut menawarkan pengecasan dengan kelajuan 120W.
Naib Presiden realme China iaitu Xu Qi juga pernah menyatakan bahawa pengecasan 100W adalah sedikit perlahan. Ia menunjukkan syarikat itu mungkin dalam perancangan untuk menawarkan pengecasan pantas melebihi 100W.
Terdahulu, vivo terlebih dahulu mempertontonkan pengecasan pantas Super FlashCharge 120W. Xiaomi juga telah dikesan dengan pengecasan pantas 120W melalui sebuah video yang tertiris.
Sumber: Twitter via GizmoChina
Berkaitan
- realme Narzo 20 Pro Akan Dijual Lebih Murah, Percuma Smart Cam 360 Untuk Esok Sahaja
- Siri realme 8 Akan Dilancarkan Pada 24 Mac Ini
- realme UI 2.0 Diumumkan - Mod Gelap Yang Diperbaharui, Android 11, AOD, Dan Lain-Lain
- Rekaan Dan Spesifikasi realme C51 Tertiris, Perlihat Mini Capsule Bertakuk
- realme Q Dengan Pengecasan 65W Dijangka Hadir 13 Oktober
- realme Umum Tarikh Pelancaran realme C21 Untuk Pasaran Malaysia
- realme Perkenal Teknologi Kamera 108MP Menjelang Pelancaran realme 8 Pro
- realme Perkenal Teknologi Pengecasan Pantas 240W
- realme Akan Mengadakan Kejohanan PUBG Mobile Dengan Hadiah Wang Tunai Sehingga RM10,000
- Siri realme Narzo 20 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM549