Menerusi desas-desus dari China, Xiaomi akan memuatkan memori RAM 16GB pada peranti mereka. Dikatakan sudah berada dalam fasa pembangunan, peranti terbabit bakal diperkenalkan dalam siri Mi Mix disamping membawa rekaan mirip seperti Mi Mix Alpha serta cip Snapdragon 865.
Namun begitu, Naib Pengurus Besar Pemasaran Xiaomi, Xiao Zang menafikan Mi Mix Alpha akan dikuasakan dengan Snapdragon 865. Ini bermaksud peranti akan datang itu berkemungkinan bukan dari siri Mi Mix.
Satu lagi perkhabaran yang muncul, sebuah video memperlihatkan pengecas 120W yang didakwa dari Xiaomi. Rekaannya lebih besar daripada pengecas telefon pintar sedia, ia menyokong pengecasan 20V/6A, 20V/5A, dan 11V/6A.
Hanya sekadar menunjukkan rekaan serta daya pengecasan tiada informasi lain mengenainya yang dikongsikan. Walaupun begitu, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kita kerana Xiaomi sudah melakukan demonstrasi Super Charge Turbo 100W setahun yang lalu. Pengecasan pantas 100W ini kuat dikatakan hadir pada peranti tahun ini.
Walaubagaimanapun, ini hanyalah ura-ura yang muncul dari tanah besar dan pengeluar masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai kedua-dua spesifikasi ini.
Sebelum Xiaomi, vivo terlebih dahulu mempertontonkan pengecasan pantas Super FlashCharge 120W. Ia berupaya mengisi bateri berkapasiti 4000mAh dalam tempoh 13 minit sahaja.
Sumber: GizmoChina 1, 2 via TechNave
Beli barangan Xiaomi di:
Lazada: https://invol.co/clotis
Shopee: https://invol.co/clotit
Berkaitan
- Xiaomi Perkenal Tetikus MIJIA Air Dengan Mod Dwi Sambungan
- Xiaomi Redmi 5A Mendarat Di Pasaran Malaysia, Berharga RM399
- Xiaomi Redmi 4 Dan Redmi 4A Terima MIUI 10 Global
- Tampil Lebih 'Jambu' Dengan Vivo V15 Blossom Pink, Mula Dijual 18 Mei Ini
- Mahu Laptop Ringan Dengan Rekaan Kemas? ASUS VivoBook S14 Dan S15 Mungkin Jawapannya
- Telefon Andalan Baru Xiaomi Mungkin Guna Kamera 200MP
- Vivo Mengumumkan Vivo APEX 2019 - Tanpa Butang Fizikal Dan Port Pengecasan
- Vivo NEX Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada 23 Julai
- Xiaomi Mi Mix 4 Diramal Pelancarannya Pada 24 September Ini
- Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Xiaomi Mi 9T