Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C25

realme C25 Rasmi Dilancarkan, Dilengkapi Cip Helio G70 Dan Bateri 6000mAh

Diterbitkan Mac 23, 2021 oleh Amalina Athman

Siri C merupakan peranti kelas permulaan dalam keluarga realme. Pada awal Mac lalu, realme telah pun mengumumkan ahli baharu dalam siri ini iaitu realme C21 untuk pasaran tempatan.

realme C25

Terbaru, realme hari ini mengumumkan sebuah lagi peranti dalam siri ini iaitu realme C25. Diperkenalkan untuk pasaran Indonesia terlebih dahulu, rekaannya mirip seperti realme C21 tetapi dengan spesifikasi yang lebih baik.

realme C25 dilengkapi skrin berukuran 6.5-inci serta paparan bertakuk yang menempatkan kamera swafoto 8MP.

Peranti ini hadir dengan janaan cip pemproses MediaTek Helia G70 dengan 4GB RAM dan pilihan storan sehingga 128GB. Ia dimuatkan dengan bateri berkapasiti 6000mAh bersama pengecas 18W Quick Charge melalui port pengecasan mikroUSB.

Screenshot (710)

Untuk bahagian kamera, realme C25 menempatkan tiga kamera dengan 48MP utama, 2MP B&W dan 2MP makro.

realme C25

realme C25 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Water Grey dan Water Blue.

realme C25

Di Indonesia, harga jualan akan bermula IDR 2,299,000 (~RM658) untuk varian 4GB+64GB dan IDR 2,499,000 (~RM715) bagi pilihan memori 4GB+128GB.

Sekiranya ia dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia, adakah realme C25 ini akan menjadi pilihan anda?

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY